Proton MD mengetepikan khabar angin yang mengatakan Satria Neo sudah dihentikan pengeluarannya oleh beberapa pihak dengan membuat kenyataan rasmi yang dilaporkan oleh star-motoring. Menurut beliau, pengeluaran Satria Neo akan dipindahkan dari Tanjung Malim ke Shah Alam dan bukan dihentikan. Buat masa ini hanya Savvy sahaja yang sudah dihentikan dan Gen2 juga akan dipindahkan ke Iran.
Beliau juga amat berbangga dengan kejayaan Satria Neo S2000 yang memenangi 4 dari 6 pusingan rali APRC dan berjaya mengalahkan Mitsubishi Lancer Evolution serta Subaru Impreza WRX.
Komen admin: Sebenarnya, khabar angin itu datang dari Proton punya sales advisor sendiri untuk menarik pelanggan yang di atas pagar. Ini tidak baik kerana mereka sepatutnya berkomunikasi dengan plant untuk maklumat terkini dan bukannya bertindak sendiri. Sudah sampai masanya Proton membuat ‘cleaning’ untuk SA yang tidak mematuhi peraturan.