Ini ada gambar Exora turbo yang bakal dinamakan Exora Bold dari sumber facebook paultan. Nampak menarik Exora Bold dari segi side profile dengan bumper rekaan baru. Nampak senyuman bumpernya seperti model Mazda 5. Exora bold akan menggunakan enjin turbocharged Campro 1.6l dengan kotak gear CVT. Pelancarannya dijangka 15 Disember ini.
Dari pandangan depan memang cukup menarik untuk Exora Bold ini. Lampu belakang menggunakan jenis smoked. Warna putih nampak lebih menarik lagi. Berdasarkan spyshots sebelum ini, Exora Bold akan menggunakan kemasan trim kulit berwarna gelap atau brown dengan stereng dan gear knob balutan kulit. Apa pun sama-samalah kita tunggu pelancarannya dalam masa terdekat ini.