Kilang Honda di Thailand yang telah ditenggelami air ketika banjir melanda Thailand baru-baru ini telah berjaya dikeluarkan air yang bertakung padanya namun kerosakan yang dialaminya amatlah menyedihkan. Selain dari kerosakan peralatan, beribu kereta siap ditenggelami banjir mengakibatkan kerugian beratus juta dollar.
Walaupun kita merancang, kita tidak mampu menahan kuasa alam. Sekali ia datang, tidak boleh dihalang. Admin merakamkan rasa simpati kepada mereka yang berkait dengan Honda dan juga pekerja-pekerja di Alor Gajah Melaka. Diharap semua bersabar atas dugaan ini.