Ini ada gambar lebih jelas model terbaru Proton iaitu Exora Bold dari pembaca blog funtastickodesign iaitu saudara Prolover. Nampak begitu hebat Exora Bold ini dengan warna solid white. Rekaan rimnya juga menarik dan cocok dengan bodykit dan bumper depan yang baru.
Interiornya menggunakan warna gelap sama seperti Exora MC. Exora Bold ini menggunakan enjin baru iaitu CFE dengan pengecas turbo dan kotak gear CVT.