Mitsubishi Mirage hatchback telah dilancarkan di Pameran Motor Tokyo yang sedang berlangsung sekarang. Admin membuat entri ini kerana model ini adalah berkemungkinan akan direbadge atau berkongsi chassis dan enjin oleh Proton untuk projek Global Small Car Mereka atau GSC. Bagi admin, kereta ini tidaklah terlalu menonjol rekaannya namun ianya amat praktikal untuk pergerakan dalam bandar.
Kereta ini akan menggunakan enjin 1.2 liter dengan teknologi ‘start stop’ yang amat menjimatkan ditambah lagi dengan padanan kotak gear auto boleh laras atau CVT. Jika benar Proton mahu merebadge model ini, admin harap Proton boleh tukar sedikit rekaan side profilenya supaya nampak lebih ‘bold’ dan dinamik berbanding yang ini kerana nampak ‘lama’ dan sama seperti Lancer.