Proton Exora CFE yang akan dilancarkan tidak lama lagi akan menggunakan enjin Campro Turbocharge Proton yang dipanggil CFE. Menurut sumber, CFE adalah kependekan untuk ‘Charge Fuel Efficiency’ dan bukan ‘Enhancement’ seperti sebelum ini. Enjin ini mempunyai kuasa kuda maksimum 138hp pada 5000rpm dan Tork maksimum 205Nm dari 2000-4000rpm. Daripada graf dyno, jelas tork maksimumnya jelas lebih cepat diperoleh berbanding enjin 2.0liter beraspirasi normal atau NA.
Penggunaan bahanapi juga boleh dipuji dengan lebih kurang sama dengan enjin 1.8L Nissan Grand Livina dan juga Toyota Innova. Namun Toyota dengan teknologi VVT-i dan Nissan dengan CVTC mempunyai kelebihan dari segi kawalan valve berterusan berbanding CFE.
Stylingnya agak subjektif. Dari segi grilnya, nampak Exora MC lebih kemas kerana model CFE nampak tidak cocok dengan rekaan bumper. Begitu juga foglampnya. Lampu belakang kini dari jenis ‘smoked’ dan skirting bumper yang lebih sporty. Pelancarannya dijangka pada 16 Disember ini.