Gergasi permotoran Jepun, Toyota Motor Corporation telah melancarkan model facelift Land Cruiser 200 / V8 di Jepun.Model ini adalah lebih besar dari Prado. Menurut sumber, beberapa perubahan dilakukan seperti bumper depan dengan lampu kabus baru, rekaan lampu hadapan baru dengan daytime running LED (DRL) dan juga gril baru. Juga terdapat perubahan lain pada side mirror kali ini mempunyai signal padanya. Model ini hanya mempunyai 1 varian sahaja di Jepun iaitu enjin 4.6liter V8 dengan kuasa maksimum 318ps pada 5,600rpm dan tork 460Nm pada 3400rpm Harganya pula dari USD56k mengikut pilihan trim.
Komen admin: Memang amat besar kereta untuk dijadikan kereta keluarga. Model seperti ini amat digemari di negara-negara arab kerana badannya yang besar dan faktor petrol yang murah di sana.