Berita hari ini menyatakan pihak konglomerat DRB Hicom disahkan akan mengambil alih saham milik Khazanah Nasional dalam Proton sebanyak 42.74% bernilai RM5.50 sesaham. Menurut Khazanah, keputusan penjualan kepada DRB Hicom adalah berdasarkan penyertaan syarikat itu dalam industri automotif tempatan dan mempunyai pakatan strategik dengan pengeluar luar. Mereka juga mempunyai pelan untuk membawa Proton ke paras yang lebih baik.
Komen admin: Jika ini berlaku, DRB Hicom akan menjadi pemegang saham terbesar dalam Proton. Ada pro dan kontranya disebalik berita ini. DRB Hicom perlu lebih menjadi pro investment untuk mengendalikan Proton kerana Proton sedang giat melakukan RnD untuk model baru, teknologi EV dan hibrid. DRB Hicom yang pernah satu ketika dulu memegang saham Proton pernah mengeluarkan model Tiara yang direbadge dari model Citroen lama dengan hasil kualiti yang amat tidak memuaskan. Apa pun kita harap yang terbaik untuk deal kali ini.