Proton dilaporkan oleh star-motoring mahu menjual saham kilang Tanjung Malim kepada General Motors bernilai RM800 juta. GM juga dilaporkan jika jadi mengambil alih pegangan sebanyak itu bakal melabur RM300 juta untuk penambahbaikan. GM mahu meluaskan pusat pengeluaran mereka selain Thailand yang teruk dilanda banjir.
Proton juga bakal mendapat akses kepada teknologi pembuatan kereta dari General Motor. Kilang Tanjung Malim sebelum ini menghasilkan model Gen2, Satria Neo dan Savvy. Bagi admin, ini adalah satu idea yang baik kerana jumlah jualan untuk Proton tidaklah sebanyak syarikat gergasi lain seperti Toyota dan Nissan.