Youngman-Lotus SUV ditemui lagi sedang diuji di China. Kali ini terdapat spy shots interiornya yang lebih jelas. SUV ini dibangunkan dengan kerjasama anak syarikat Lotus iaitu Lotus Engineering yang dibayar oleh pihak Youngman.
Dari rekaan interiornya, banyak kita lihat DNA rekaan seperti dalam model Gen2. Bahagian konsol tengah agak baik namun bahagian stereng column nampak biasa dan murah. Rekaan tuil signal dan wiper perlu direka lebih moden untuk nampak lebih kemas. Proton pernah berkata mereka mempunyai projek SUV yang dinamakan Iguana barangkali inilah agaknya kerana Iguana sinonim dengan makna ‘senyap’. Proton mungkin merebadge model ini untuk dijadikan SUV pertama mereka.