Sumber dari forum telah menemui sebuah kereta yang berselubung di sebuah bilik pameran Proton yang tidak diketahui lokasinya. Apa pun agak pelik juga kerana ianya berbentuk seakan MPV atau sebuah hatch. Agak sukar bagi kita untuk mengagak saiznya dalam gambar. Berdasarkan informasi terkini, Proton bakal melancarkan sebuah sedan iaitu model P3-21A dan bukan kereta hatch ataupun MPV.
Dari rupa bentuk backdoor spoiler nampak seperti spoiler Exora. Apakah Proton akan melancarkan model Exora R3 bersama-sama model P3-21A nanti? Atau mungkin ini adalah model EMAS hibrid? Memang misteri dan Sesiapa yang mempunyai maklumat lanjut mengenai model misteri ini bolehlah kiranya untuk menulis komen pada entri ini.