Lotus, anak syarikat Proton Holdings dikatakan akan melancarkan model Evora GTE pada pameran Motor Antarabangsa Geneva ke 82. Menurut sumber, pemandu F1 Lotus, Kimi Raikkonen akan hadir pada majlis pelancaran tersebut untuk menjadi duta model itu dan menjawab soalan wartawan.
Lotus Evora merupakan model terbaik yang dihasilkan oleh Lotus dan mempunyai kawalan panduan yang terbaik antara supercar diseluruh dunia ketika ini. Diharapkan ini akan menjadi model penarik minat orang ramai untuk
membeli kereta-kereta Lotus.