Nissan telah mengeluarkan lakaran komputer model konsep yang dinamakan Invitation. Model konsep ini dikatakan MPV kompak masa depan mereka. Mungkin juga model baru Grand Livina nanti akan menggunakan konsep ini dan jika benar pasti lebih menarik stylingnya.
Stylingnya sudah seakan-akan model Hyundai dengan rekaan berbentuk aliran. Namun tidak semua styling cues rekaan yang ada pada konsep dapat bertahan sehingga production kerana had rekabentuk acuan dan kerja-kerja pemasangan.
Bahagian dalamannya mengekalkan trademark Nissan dengan rekaan instrumen panel yang simple tetapi praktikal. Corner glass juga dapat mengurangkan titik buta ketika membelok. Apa yang menarik, ia mungkin menggunakan enjin supercharged 1.2l 3 silinder dari model Micra atau enjin 1.6l.