Entri kali ini blog sembang-auto membawakan satu laporan mengenai uji pandu ringkas MPV popular di negara kita untuk kategori bukan nasional iaitu Nissan Grand Livina. Model yang diuji adalah varian Impul 1.8liter. Bagi mereka yang memerlukan MPV tetapi masih mahu bergaya sporty, tidak syak lagi bahawa Grand Livina versi Impul ini adalah jawapan terbaik. Bagi mereka yang mahukan MPV saiz sederhana seperti Toyota Wish tetapi tidak mempunyai bajet yang mencukupi, admin nasihatkan agar pandu uji model ini dan bandingkannya. Walaupun saiznya agak kecil beberapa puluh milimeter dari Wish, namun ianya boleh buat apa yang Wish mampu dan ada yang mengatakan Grand Livina adalah lebih baik pada bila-bila masa!
Seperti yang admin katakan, bagi yang mementingkan styling, Grand Livina Impul pasti memuaskan hati. Dengan pakej talaan Impul termasuk bodykit, rim ultra ringan 17 inci, tayar Goodyear F1 45 siri, sistem gantungan suspension sporty dan exhaust alumunium dari blast berjaya meningkatkan styling luaran model ini. Bagi admin, side profilenya cukup menarik dengan rekaan ‘flow’ yang menarik dari behagaian belakang ke depan.
Untuk model facelift, kesemua varian menggunakan warna trim hitam. Sebelum ini mereka menggunakan skima warna beige untuk trim dalamannya termasuklah fabrik seat. Dengan iklim negara ini yang banyak hujan, memanglah warna sebegitu cepat menjadi kotor dan kali ini Nissan tampil dengan jawapannya. Untuk model 1.8liter, terdapat kemasan fake wood pada stereng, konsol tengah dan gear lever.
Dari segi prestasi, enjin 1.8liter dengan teknologi CVTC tidak mengecewakan. Tiada pecutan tunda atau delay pada keseluruhan rpm. Enjin dan kotak gearnya juga di’calibrate’ dengan baik dan hasilnya walaupun menggunakan kotak gear elektronik 4 kelajuan automatik, enjin tetap berada pada rpm rendah walaupun kelajuan sudah mencapai 140km/j atau dengan kata lain nisbah akhir kotak gear adalah tinggi. Ini membantu dari segi penjimatan bahan api.
Secara keseluruhannya, admin amat berpuashati dengan keseluruhan MPV ini dari segi styling, practicality, prestasi dan ergonomiknya. Cumanya penawaran aksesori perlu dipertingkat seperti kamera undur belakang, sistem GPS dan radio dengan pemain MP3. Jika anda ada soalan mengenai MPV ini, sila ajukan pada ruangan komen dan InsyaAllah admin akan cuba menjawabnya dengan seberapa segera.
*Admin amat mengalu-alukan semua pihak (sales advisor, manager outlet) tidak kira dari pengedar sah atau kereta terpakai untuk menyertai Pandu Uji pada tahun ini. Anda boleh menghantar artikel beserta gambar ke email admin (azizul_my@yahoo.com.my) dalam bentuk word atau excel untuk admin muat naik ke blog admin dengan percuma.
Beberapa faedah yang akan peroleh seperti laman promosi percuma, facebook share dan juga prospek dari pembaca blog ini. Selamat mencuba!