Pasukan Proton telah berjaya memenangi pusingan pembukaan rally Sweden kategori SWRC menurut sumber rallybuzz. Ini merupakan kejayaan manis untuk Proton yang menetapkan target untuk menjadi juara keseluruhan kategori ini setelah membuktikan pada kejohanan rali APRC pada tahun lepas. Tahniah kepada pasukan Proton dan pemandunya PG Anderson. Semakin mantap jentera Satria Neo S2000 mereka.