Akhirnya, inilah rupa sebenar bahagian luaran model terbaru Proton iaitu P3-21A yang akan dilancarkan pada 16 Mac ini. Gambar ini dipercayai diambil di kawasan kilang Tanjung Malim menurut sumber forum.lowyat.net. Rekaannya memang OK dan admin rasa inilah rekaan paling menarik dari Proton setakat ini.
Rekaan belakangnya agak subjektif tetapi mengingatkan admin tentang model lama BMW 3 siri. Apa pun pastinya Proton telah melakukan survey untuk membuat rekaan sebegini dan admin harap kereta ini akan menjadi hit di pasaran luar dan dalam negara. Sekarang tinggal namanya sahaja yang belum diketahui. Bagaimana dengan pendapat anda?