Sempena 1 Syawal yang bakal menjelang tiba, admin ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua warga sembang-auto.com yang menyambutnya. Semoga anda bergembira berjumpa sanak saudara dan mengeratkan lagi silaturrahim. Admin juga ingin berpesan agar semua dapat memeriksa kenderaan masing-masing terutamanya dari segi tayar, brek dan radiator sebelum memulakan perjalanan balik kampung.
Jalan raya pasti sesak oleh itu anda perlu lebih fokus ketika memandu. Patuhilah segala peraturan jalan raya demi keselamatan anda, keluarga dan orang lain. Biar lambat asalkan selamat. Untuk mereka yang inginkan buku panduan percuma penyelenggaraan kereta, boleh lah klik link disini insyaAllah admin akan menghantarnya dengan segera. Sekian.
Azizul Khilmi,
Admin,
www.sembang-auto.com