Pemandu Mercedes-Petronas Lewis Hamilton memperoleh petak pertama selepas mengatasi pemandu Ferrari Sebastian Vettel dengan hanya 0.074saat di sesi kelayakan dalam keadaan hujan. Rakan Hamilton, Nico Rosberg hanya menduduki tempat ketiga walaupun menduduki tempat pertama pada Q2. Ferrari kelihatan bakal menjadi pencabar pasukan Mercedes dengan kelajuan pada jentera mereka dikala pasukan lain masih lagi 1saat di belakang. Berikut adalah keputusan penuh sesi kelayakan GP F1 Malaysia Petronas 2015:
1. Hamilton 2. Vettel 3. Rosberg 4. Ricciardo 5. Kvyat 6. Verstappen 7. Massa 8. Grosjean 9. Bottas 10. Ericsson 11. Raikkonen 12. Maldonado 13. Hulkenberg 14. Perez 15. Sainz 16. Nasr 17. Button 18. Alonso