Proton melalui team Motorsport R3 sebentar tadi telah memenangi perlumbaan Malaysia Championship Series 2015 di Litar Sepang sempena kejohanan Grand Prix Formula 1 Malaysia. Walaupun mereka bermula di petak terakhir, Proton berjaya menjuarai perlumbaan tersebut setelah beberapa siri insiden di litar.
Kereta yang dipandu oleh Farique Hairuman menduduki tempat pertama dan kereta dipandu Syafiq Ali menduduki tempat ketiga. Satu pencapaian yang amat membanggakan dari team Proton Motorsport R3 kerana mampu mengalahkan pesaing jenama lain yang lebih terkenal.