Lotus Cars Plc, anak syarikat Proton melalui CEO mereka, Jean-Marc Gales mengesahkan mereka sedang membina Crossover baru. Menurut beliau, model itu dikatakan ‘real Lotus’ dan SUV ringan pertama di dunia.
Beliau menolak apabila ditanya mengenai ciri-ciri terperinci SUV itu namun ianya bakal menggunakan body aluminum dan enjin yang diperoleh dari Toyota. Saiznya seperti Porsche Macan tetapi lebih ringan. Projek ini adalah dari hasil usahasama terbaru antara Lotus dengan Syarikat Goldstar Heavy Industries baru-baru ini.
Porsche Macan
Satu strategi yang bagus dari Lotus kerana pasaran China dilihat lebih cenderung kepada model jenis SUV, crossover jika dilihat dari jumlah jualan. Dengan mereka lebih cenderung kepada jenama Eropah berbanding Jepun, Lotus pastinya boleh berjaya dengan model baru itu.