Hyundai Veloster Turbo telah dilancarkan di Malaysia. Dikuasakan dengan enjin 1.6 liter Gamma T GDI Hyundai, Veloster turbo ini berkuasa 186 PS dan 265 Nm tork seawal 1500rpm. Inilah yang ditunggu oleh peminat Veloster yang sebelum ini dianggap rekabentuknya kelihatan lebih laju berbanding kuasanya. Nah, sekarang baru sepadan. Enjin turbo ini dipadankan dengan kotak gear DCT 7 kelajuan dengan pacuan hadapan.
Veloster turbo juga didatangkan dengan pelbagai aksesori lengkap dan rekaan instrument panel yang menarik. Ianya masih mengekalkan identiti rekaan Hyundai terkini. Paparan LCD di head unit dan butang kawalan audio di stereng juga antara ciri-ciri yang terdapat pada Veloster Turbo. Berikut adalah spec penuh Hyundai Veloster Turbo:
Hyundai Veloster Turbo dijual pada harga RM152K hingga RM155K atas jalan. Pada admin, belian yang agak berbaloi untuk mereka yang inginkan kelainan dari arus perdana seperti jenama Golf atau 308.