Lagi satu insiden berlaku pada sebuah kereta Honda Civic berkaitan dengan Takata airbag. seperti yang dilaporkan reuters, kereta yang terlibat adalah model Civic tahun 2003 yang airbagnya tiba-tiba meletup menyebabkan serpihan tajam mengenai leher pemandunya. Serpihan tajam itu berjaya dikeluarkan setelah pembedahan kecemasan di jalankan. Pihak NHTSA melaporkan insiden itu adalah disebabkan kerosakan airbag. Honda telah menubuhkan pasukan penyiasat untuk menyiasat kejadian itu. Setakat ini 6 kematian telah direkodkan berkenaan isu airbag dan semuanya melibatkan kereta keluaran Honda.