Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato Seri Mustapa Mohamed menegaskan kenderaan keluaran Proton kini setaraf dengan keluaran pengeluar ternama di dunia seperti BMW, Volvo, Toyota dan Honda. Beliau yang menjawab soalan dari seorang wakil rakyat di parlimen menyatakan demikian. Teknologi Lotus untuk pemanduan yang selesa selain ciri-ciri keselamatan terbaik seperti ABS, EB, BA, ESC dan Traction Control menjadikan model keluaran Proton sebaris dengan model syarikat terkemuka lain.
Model Proton juga mendapat penarafan 5 bintang untuk ujian perlanggaran menjadikan ia setaraf dengan BMW dan Volvo. Satu kemajuan yang hebat dari Proton.
Tidak dinafikan bahawa model keluaran Proton sekarang ke arah standard global dengan pelbagai ciri keselamatan dan penarafan 5 bintang ANCAP. Satu kemajuan yang bagus. Namun pusat jualan dan servis juga perlu diberi nafas baru supaya dapat mengembalikan keyakinan pengguna dengan jenama Proton. Admin berharap ini dapat dilakukan segera demi untuk Proton.