Setelah 23 tahun dalam dunia automotif, Mitsubishi Motor Corp MMC telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan lagi pengeluaran model ikonik mereka iaitu Lancer Evolution. Model terakhir ialah Evo 10 yang mula dijual pada tahun 2007. Sempena penamatan pengeluaran model Lancer Evo ini, pihak Mitsubishi Motors telah mengumumkan model terakhir iaitu Final Edition terhad kepada 1000unit sahaja.
Model ini akan berada di pasaran pada bulan 8 2015 namun spesifikasinya sudahpun di umumkan kepada media. Model terakhir ini hanya dikeluarkan dengan kotak gear manual sahaja, juga mendapat modifikasi enjin, sistem suspensi dan cakera brek jenis 2 piece.
Kemasan dalamannya juga menampilkan trim yang berbeza dan emblem final edition juga terdapat pada konsol tengah di tuil gear. Model final edition ini menggunakan enjin jenis 4BII, 4 silinder sebaris DOHC turbo yang ditala menghasilkan kuasa sebanyak 300ps dan tork maksima 422Nm.
Berita yang agak menyedihkan bagi peminat-peminat model Evo seluruh dunia. Kehilangan Evo pasti amat dirasai. Kita harapkan agar Mitsubishi akan mengeluarkan model lain seperti Evo di masa akan datang.
Sumber: clicccar