Perodua Myvi telah memenangi anugerah kereta bernilai terbaik untuk wang tahun 2014 dari firma Frost & Sullivan bagi kategori 1.3 liter ke atas. Ini adalah berdasarkan kriteria kuantitatif termasuklah jumlah jualan, cekap tenaga dan kos pemilikan yang rendah untuk 5 tahun atau 100,000km. Menurut pengarah urusan Perodua, Dato’ Aminar Rashid, anugerah ini menggambarkan komitmen Perodua secara keseluruhan untuk membangunkan kenderaan yang berkualiti dan juga nilai. Perodua telah menjual lebih 800 ribu unit Myvi sejak mula diperkenalkan pada tahun 2005 dan menjadi model paljng berjaya di Malaysia.
Tidak dinafikan Perodua Myvi mempunyai kualiti yang diperlukan untuk memenangi anugerah ini. Kualiti buatannya juga cukup mantap dan teknologi Daihatsu memberikan kecekapan penggunaan tenaga. Tahniah diucapkan untuk Perodua atas kejayaan yang diraih.
Sumber: bernama