Baru-baru ni Nasim Sdn Bhd sebagai pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia telah melancarkan model gantian 308 serba baru. Tampil dengan bahasa rekaan Peugeot yang baru, model 308 kini lebih kelihatan maskulin dan sasa seperti model hot hatch popular, Volkswagen Golf. Model ini dilancarkan dengan satu varian sahaja iaitu dengan enjin turbo THP berbeza dengan sebelum ini yang mempunyai pilihan enjin aspirasi normal.
Rekaan model baru ini boleh dianggap berbeza 100 peratus berbanding model yang digantikannya. Jika dilihat dari sudut suku belakang, ianya mengingatkan kita tentang Volkswagen Golf. Gabungan garisan profil body tajam dan lembut menambahkan rupa lebih dinamik model ini.
Ruangan dashboard juga menampilkan rekaan serba baru DNA Peugoet sejak dari pengenalan model hatch 208. Kedudukan Meter Cluster diletakkan lebih tinggi dan lebih ergonomik.
Di bawah hood nya pula terletak enjin 1.6 litre Twin Scroll Turbo High Pressure atau ringkasannya THP menghasilkan kuasa 152ps dan 240Nm tork. Jika kita perhatikan, banyak pengeluar Eropah telah menurunkan saiz enjin mereka untuk menepati piawaian pelepasan karbon yang ketat. Peugeot juga tidak terkecuali dan hasilnya ialah dengan pengenalan enjin THP.