Lagi kes kereta Ferrari F430 terbakar! kali ini di Hong Kong pula. Sebelum ini kita dikejutkan dengan kejadian Ferrari F430 yang terbakar sendiri di Bangsar, kali ini model yang sama di Hong Kong. Apakah model F430 ini mempunyai kecacatan sehingga boleh terbakar dengan sendiri? Ferrari sepatutnya mengeluarkan kenyataan rasmi untuk para pemilik model ini kerana telah beberapa kes kejadian kebakaran ini.
Kepada pemilik model Ferrari ini anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dari pusat servis dam juga melalui emel ke Maranello, tempat di Itali di mana kereta ini dibuat. Saksikan video kebakaran Ferrari tersebut.