Adakah ini gambar model gantian Proton Saga atau Saga R? Jika dilihat dari gambar presentation ianya memang dari pihak Proton dan jika anda perasan di bawah kanan ada tertulis bulan July. Adakah ianya bulan July 2016? Apa pun mengikut laman web sebuah syarikat pembuat komponen tempatan menyatakan mereka telah mendapat bisnes untuk 3 model sedan iaitu Saga R, Perdana R dan Persona R.
3 model sedan sekaligus? nampaknya memang belum ada model SUV atau MPV baru dari Proton dalam masa terdekat. Proton sudah mempunyai Preve untuk kelas B dan Saga untuk kelas A sepatutnya sudah cukup dan perlu mempelbagaikan barisan model seperti SUV. Tidak perlu terlalu banyak sedan kerana ternyata pasaran Malaysia telah banyak berubah sejak kebelakangan ini. Apa pun kita harap yang terbaik dari Proton untuk rakyat Malaysia.