Pesanan khidmat masyarakat mengenai sindiket penjualan iPhone 6 palsu di RnR Seremban. Ia berdasarkan seorang pengguna Facebook yang meminta kisah ini diviralkan supaya tiada lagi orang yang kena tipu dengan sindiket ini.
Jenayah dilakukan tidak mengira kaum dan mereka ini perlu diberikan hukuman berat agar tidak melakukan penipuan wang ringgit sewenang-wenangnya. Terima kasih kepada saudara kita ini yang memberikan kita peringatan agar lebih berhati-hati ketika di RnR. Sebelum ini ada pula sindiket yang merosakkan kereta yang sedang diparkir tanpa ada yang menunggu dan menyebabkan kerugian sehingga beribu-ribu ringgit kerana mengalami kerosakan.
Diharapkan kita yang belum terkena ini mengambil sikap lebih berhati-hati dan jangan layan jika ada orang yang menjual iPhone sebegini. iPhone original sangat mahal dan sudah tentu tidak dijual di tempat terbuka seperti ini.
#Sebarkan kepada rakan-rakan dan keluarga anda.