Perodua dikatakan akan melancarkan model sedan pada tahun hadapan mengikut kata CEO nya Dato’ Aminar Rashid. Projek pembangunan model itu diberi nama D63D. Ianya akan berasaskan platform Daihatsu atau Toyota seperti model-model Perodua sebelum ini. Namun apa yang menarik, sebuah syarikat pengeluar komponen kenderaan tempatan telah memuat naik maklumat mengenai ‘Axia sedan’ pada laman web mereka.
Jika berasaskan model Axia, pastinya ianya adalah sebuah lagi model EEV. Axia mempunyai ruang kaki yang lebih besar dari Myvi namun kurang lebar berbandin Myvi. Apa pun kita nantikan kemunculan model sedan pertama perodua ini. Model konsep sedan ‘Buddyz’ mungkin menyerupai model D63D. Apa yang admin nampak model konsep itu dalah ergonomik dan ruang yang luas di bahagian dalam.