Umum telah mengetahui bahawa Proton Iriz telah mendapat penarafan perlanggaran 5 bintang dari Asean NCAP. Video ujian itu pun sudah kita saksikan. Kereta yang digunakan pada ujian tersebut kini dipamerkan oleh Proton di siri program Gegar Autoria yang kini sedang berlangsung di Pekan, Pahang. Anda boleh lihat sendiri bagaimana ketahanan body Iriz yang dibina menggunakan teknologi RESS atau Reinforce Enhance Safety Structure dengan menggunakan hot press forming process.
Pembeli-pembeli Iriz pastinya berasa ‘peace of mind’ apabila memandu kereta itu kerana pelbagai ciri keselamatan tahap tertinggi seperti ESC, ABS dan EBD adalah standard bagi semua varian Iriz. Tahniah kita ucapkan kepada Proton kerana mengutamakan aspek keselematan para pembeli kereta mereka.