Pengeluar kereta Nasional, Proton, berkata mereka amat mengutamakan aspek keselamatan untuk kereta keluarannya. Mereka berkata, aspek keselamatan adalah hak umum dan bukannya golongan tertentu sahaja (priviledge). Ini dibuktikan dengan penarafan perlanggaran 5 bintang dari Australia New Car Assesment Program ANCAP untuk model Preve, Suprima S dan terbaru Iriz.
Proton kini menggunakan teknologi Hot Press Forming ( HPF) untuk rangka badan kereta yang lebih keras dan ringan. Juga fungsi keselamatan elektronik yang terdapat pada kereta keluaran mereka juga menambah lagi ciri-ciri keselamatan. Proton juga mengulas mengenai isu dibangkitkan sebelum ini yang mengatakan kereta mereka setaraf dengan BMW mungkin adalah dari segi ciri-ciri keselamatan. [Proton setaraf BMW]. Ini terbukti apabila Model Preve, Suprima S dan Iriz mendapat penarafan lebih tinggi dari BMW 2 Siri.
Walaubagaimanapun Proton menegaskan ciri-ciri keselamatan yang hebat manapun tidak akan bermakna jika tidak memasang tali pinggang keselamatan. Semua ciri-ciri disebutkan di atas adalah tambahan kepada tali pinggang keselamatan. Juga penggunaan tempat duduk khas bayi dan kanak-kanak yang rata-rata masih tidak dilakukan oleh pemilik kereta di negara kita.