Toyota dan Mazda telah bersetuju untuk bekerjasama bagi membangunkan model kereta yang lebih baik. Mereka telah memeterai perjanjian bersama dengan tujuan untuk berkongsi sumber dan teknologi. Satu pasukan akan dibentuk untuk membuat penilaian termasuklah dari segi alam sekitar dan aspek keselamatan.
Presiden Toyota, Akio Toyoda berkata teknologi Skyactiv dan rekaan KODO menunjukkan teknologi Mazda yang maju. Teknologi seperti ini adalah baik untuk kereta masa akan datang dan beliau menyatakan Mazda mempunyai prinsip yang sama dengan Toyota iaitu prinsip membuat kereta yang lebih baik.
Kerjasama Toyota dengan Mazda bukan satu perkara baru kerana sebelum ini Toyota telah melesenkan teknologi hibrid kepada Mazda dan Toyota telah menggunakan fasiliti kilang Mazda di Mexico.
Sumber: Toyota.co.uk