Toyota diumumkan sebagai jenama automotif paling bernilai dalam kaji selidik Brandz Top 100 Most Valuable Global Brand 2015. Menurut kaji selidik itu, Toyota mendapat tempat teratas dengan nilai 28.9 billion, diikut BMW pada 26.3 billion dan Mercedes pada 27.1 billion dollar. Tempat keempat hingga ke 10 diisi oleh Honda, Ford, Nissan, Audi, Volkswagen, Land Rover dan Lexus. Nilai jenama tahun ni meningkat dari tahun lepas menurut kaji selidik kerana peningkatan jualan di Amerika namun sedikit menurun di Eropah kerana ekonomi yang tidak menentu.