Toyota telah memperkenalkan produk inovatif i-road berkonsep mobiliti peribadi. Diilhamkan dari pergerakan permainan ski, i-road memberi idea baru untuk pergerakan mobiliti peribadi manusia. Menurut perekanya, ia membolehkan jalan lebih ruang, saiz seperti motosikal tetapi dengan keselesaan seperti kereta dan yang penting ianya memberi 0 pelepasan karbon kerana dikuasakan dengan kuasa elektrik.
i-road kini masih dalam peringkat percubaan sebelum ianya dijual kepada umum. Selain Tokyo, beberapa bandar utama dunia lain seperti Paris juga sedang menguji i-road. Di Tokyo misalnya, bermula bulan Julai 2015, satu projek yang dinamakan open road akan dijalankan di mana 100unit i-road akan diberi kepada peserta untuk mendapatkan maklum balas mengenai i-road dalam keadaan sebenar. Penambahbaikan akan dibuat sebelum ianya dijual kepada umum. Ramai yang bersetuju dengan i-road kerana disamping mudah dikendalikan ianya juga mesra alam. Dengan sekali cas, i-road boleh bergerak sejauh 50km dengan kelajuan maksima 30km/j. Saksikan video percubaan i-road di Jepun di bawah ini: