Toyota Motor Thailand (TMT) telah melancarkan model Vios versi TRD Sportivo di pasaran Thailand. Bodykit TRD Sportivo untuk pasaran Thailand amat berbeza dengan versi Malaysia. Terdapat ‘wing’ pada skirting bumper hadapan, rocker mold dan skirting belakang 2 dwi warna.
Seperti Vios TRD Sportivo di Malaysia, tiada perubahan mekanikal pada versi ini. Vios TRD Sportivo ini dijual pada harga 69 ribu bhat bersamaan RM69 ribu di Malaysia. Bagaimana? Adakah anda mahu Toyota Malaysia membawa masuk bodykit ini?
Sumber: Bangkok post