Anak syarikat Proton, Lotus telah melancarkan model serba baru 3-Eleven di Goodwood Festival of Speed. Ia adalah model terpantas yang pernah dihasilkan oleh Lotus. Model Lotus Eleven pada asalnya adalah untuk tujuan perlumbaan namun Lotus ada juga menjual versi jalanraya biasa.
Lotus 3-Eleven serba baru dikuasakan oleh enjin supercharged 3.5liter sama seperti digunakan oleh Evora 400. Kuasa maksimum sebanyak 450hp pada 7000rpm dan tork maksimum 450Nm pada 3500 hingga 6500rpm. Ianya dipadankan dengan kotak gear manual bernisbah singkat 6 kelajuan untuk versi jalanan manakala versi perlumbaan menggunakan kotak gear 6 kelajuan berturutan dengan paddle shifter.
Lotus 3-Eleven dijual pada harga bermula 82000 Pound Sterling untuk versi jalanan dan 115000 Pound Sterling untuk versi perlumbaan.
Sumber: Lotuscars.com