Proton telah bekerjasama dengan Astro untuk program tanggungjawab sosial korporat – The Circle One. Proton Exora, MPV pertama buatan tempatan, akan menjadi kenderaan rasmi siri program ini yang terdiri dari beberapa selebriti tempatan dan beberapa petugas sukarela Proton.
Skuad ini akan bergerak ke pekan-pekan kecil dan dan kawasan luar bandar untuk aktiviti kebajikan dan kesukarelaan. Tahniah kepada Syarikat Proton untuk usaha yang murni ini.
Sumber: Proton Facebook