Seperti yang dijangkakan, Pasukan Proton R3 dengan jentera Suprima S telah menjuarai siri perlumbaan Malaysian Championship pusingan ketiga di litar Sepang. Bermula dari petak hadapan, Suprima S tidak banyak mengalami masalah dari pasukan-pasukan lain namun nasib tidak menyebelahi abangnya iaitu Proton Preve yang hanya menduduki tempat ketiga dan keempat. Tahniah diucapkan kepada pasukan Proton R3!