Anda selalu terkeliru di mana tempat mengisi minyak kereta anda? Kanan atau kiri? Ya pernah bukan? Tahukah anda ada satu cara untuk mengingat dengan mudah di mana letaknya tempat tangki minyak anda? Tips ini mungkin dapat membantu anda semasa pengisian minyak di stesen minyak.
Tipsnya adalah, perhatikan gambar di atas. Gambar di atas diambil dari 3 jenis kenderaan yang berbeza. Lihat pada simbol pam minyak. Disebelahnya ada segitiga yang menunjukkan kanan atau kiri. Jika segitiga itu pada sebelah kanan, maka tempat tangki anda adalah sebelah kanan. Selamat mencuba!