Model-model keluaran syarikat permotoran gergasi Jepun, Toyota Motor Corporation menduduki 3 tempat teratas dalam ranking yang dikeluarkan untuk jualan bulan Mei 2015. Model Hybrid kompak, Aqua menduduki tempat teratas untuk bulan ke 12 berturut-turut dengan jualan melebihi 14 ribu unit.
Corolla Fielder facelift pula naik dari tangga keempat ke tanggan kedua, kenaikan yang dilihat disebabkan oleh pengenalan model facelift yang lebib menarik dan penambahbaikan kecekapan penggunaan bahan api. Berikut adalah senarai 10 model teratas untuk ranking jualan bulan Mei di Jepun.
1 Toyota Aqua 14,428 unit
2 Toyota Corolla 8,920 unit
3 Toyota Prius 8,778 unit
4 Honda Fit (Jazz) 7,680 unit
5 Toyota Esquire 7,109 unit
6 Nissan Note 6,677 unit
7 Mazda Demio (Mazda 2) 5,575 unit
8 Honda Stepwagon 5,087 unit
9 Honda Vezel (HR-V) 4,846 unit
10 Toyota Vitz 4,792 unit