Tayar kereta merupakan antara komponen kereta yang paling penting. Selain dari aspek keselamatan, harganya juga sangat mahal. Jika kita tidak peka untuk menjaga tayar kereta kita, ianya akan menyebabkan kemalangan dan juga kos penyelenggaraan kereta yang sangat tinggi. Sempena musim perayaan yang bakal menjelang ini, admin ingin kongsikan sedikit maklumat dan tips mengenai tayar kereta.
1. Struktur tayar
Penting bagi kita untuk mengenali struktur tayar. Banyak sumber di internet yang boleh kita rujuk mengenai struktur tayar . Anda tidak perlu tahu semua mengenai perincian struktur tayar. Biasanya kita perlu tahu apa itu Tread (bunga tayar) dan Sidewall (dinding tepi) yang selalu berkait rapat dengan permasalahan tayar. Namun jika tahu lebih lagi adalah lebih baik.
Struktur tayar kereta
2. Pembacaan Kod pada Tayar
Anda mungkin selalu lihat kod-kod tertulis pada tayar kereta anda namun mungkin anda tidak mengetahui apakah maksud disebalik kod-kod tersebut. Sebenarnya kod-kod tersebut diperlukan untuk pemilihan tayar yang menurut spesifikasi yang diperlukan. Contoh gambar di bawah menunjukkan makna kod-kod tersebut. 205 bermaksud lebar tayar dalam milimeter, 60 adalah ‘Aspect Ratio’ (nisbah antara lebar tayar dan tinggi sidewall), R adalah radial, 16 adalah saiz rim, 92 adalah load index (index berat maksima) dan H adalah speed rating (kadar kelajuan maksima yang dibenarkan). Sila rujuk spesifikasi tayar yang disyorkan oleh pengeluar kereta anda.
Kod tayar
Jadual Kod kadar kelajuan dan berat maksima
Anda juga boleh mengetahui usia tayar anda sebelum membuat pembelian. Caranya adalah dengan melihat kod tarikh pada tayar. Sila lihat pada kod 2704. Ia adalah kod merujuk kepada tarikh tayar tersebut dikilang. 27 bermaksud minggu ke-27 dan 04 adalah tahun 2004. Jadi tayar ini dikilang pada minggu ke 27 tahun 2004. Kod ini adalah penting terutamanya jika anda ingin membeli tayar terpakai. Usia tayar yang disyorkan biasanya adalah 3 hingga 4 tahun (bergantung kepada keadaan tayar). Walaupun keadaan bunga tayar masih baik, namun jika usianya sudah mencecah lebih 4 tahun boleh membahayakan. Tayar yang terlalu lama boleh meletup kerana retakan pada sidewall. Lain-lain kod seperti DOT (Department of Transport) dan HB C9 287T adalah kod kilang.
Kod tarikh tayar dikilang
Selain itu terdapat juga kod seperti Treadwear 300, Traction A dan Temperature B. Treadwear bermaksud kadar kehausan bunga tayar. 100 adalah kadar minima dan lebih tinggi nombor yang tertera maka kadar kehausan tayar adalah lebih lama. Traction A merujuk kepada kadar kebolehan tayar untuk berhenti dalam keadaan basah pada piawaian tertentu. Ianya bergantung kepada gred tayar. AA adalah yang paling bagus dan diikuti oleh A,B dan C. Temperature B pula merujuk kepada keboleh tayar untuk melepas haba. Terdapar 3 gred iaitu gred A B dan C.
Kod-kod lain
3. Kerosakan Umum Tayar
Tayar kereta sangat sensitif dan perlu pemerhatian yang kerap. Ianya penting kerana ianya berkait rapat dengan keselamatan anda. Kerosakan tayar yang selalu berlaku adalah disebabkan oleh pengimbangan dan penjajaran yang tidak betul. Tetapan tekanan tayar yang tidak betul juga boleh menyebabkan tayar menjadi cepat haus denga tidak sekata. Masalah pengimbangan tayar dan penjajaran selalu terjadi apabila kita terlanggar lubang, rim yang bengkok dan penggunaan yang terlalu lama. Anda perlu memeriksan penjajaran tayar sekurang-kurangnya 3 bulan sekali. Perlu diingatkan, tayar yang haus adalah sangat merbahaya terutamanya pada keadaan jalan yang berair. (Aquaplaning effect). Klik sini untuk info mengenai jajaran atau alignment tayar [ALIGNMENT TAYAR]
Masalah tayar disebabkan penjajaran (alignment)
Masalah tetapan tekanan tayar
Tekanan tayar yang sesuai juga memainkan peranan dalam jangka hayat tayar. Pengeluar biasanya akan menampal spesifikasi tekanan tayar pada pintu kereta berdekatan dengan lock striker. Secara umumnya tekanan tayar hadapan perlu lebih tinggi sedikit berbanding tayar belakang kerana ia perlu menampung berat enjin. Jika tayar depan disetkan pada 210Kpa tayar belakang setkan pada 190Kpa sahaja.
Ini adalah sedikit sebanyak perkongsian mengenai tayar kereta. Tayar merupakan bahagian terpenting dari segi aspek keselamatan, Pastikan tayar anda dijaga dengan rapi. Ingat sebelum kena. Jika post ini bermanfaat, sila sharekan dengan rakan-rakan anda. Terima kasih.
#Dapatkan ebook penyelenggaraan kereta percuma. KLIK SINI untuk download sekarang.