Awasi sindiket sabotaj dan penipuan di sekitar RnR lebuhraya PLUS arah selatan dari Seremban ke Ayer Keroh! Begitu juga dari Ayer Keroh ke Seremban. Sebelum ini telah ramai yang terkena malah kenalan admin juga sudah kena pada April yang lalu! Dan yang terbaru baru saja admin dapat info seorang ahli Myvi Club telah disabotaj apabila minyak gearbox beliau bocor dan bila diperiksa, oil drain nut pada gearbox sudah dibuka!
Modus operandi mereka adalah apabila mereka lihat kereta ditinggalkan kosong di RnR, mereka akan rosakkan radiator, bocorkan minyak enjin dan gearbox. Apabila pemandu kembali dan meneruskan pemanduan, kereta akan breakdown dan mereka dengan pantas datang untuk beri perkhidmatan towing ke bengkel mereka. Mereka yang terkena tidak punya pilihan kecuali mengikut mereka ke bengkel dan di sana penipuan bermula dengan mereka mengatakan perlu buat complete overhaul! Kerugian boleh mencecah RM3ribu hingga RM4ribu! Jenayah dilakukan tidak mengira bangsa dan pelakunya patut dihukum dengan hukuman berat!
Gambar whatsapp di atas diambil dari group admin. Member dalam whatsapp group telah kena pada bulan 4 yang lepas. Jadi nasihat admin adalah.
1. Pastikan kereta tidak ditinggalkan kosong atau jika anda memandu seorang diri, pastikan park kereta di tempat yang ramai orang.
2. Pastikan anda tidak melayan orang yang anda tidak kenali
3. Beritahu ahli keluarga dan sahabat akan modus operandi sindiket ini agar mereka sentiasa dalam keadaan awas
4. Periksa keadaan kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan semula. Ini boleh mengelakkan kos yang lebih besar jika anda disabotaj
5. Bertenang dan dapatkan khidmat bantuan Plusronda atau Plus WOW. Boleh klik sini untuk info lanjut [BANTUAN PLUS]
>>Mengapakah gaji anda perlu dilindungi dan bagaimana anda boleh melindungi gaji anda? Klik sini untuk maklumat lanjut<<
Telah banyak kes yang berlaku bermula dari tahun 2009 lagi dan banyak laporan polis yelah dibuat namun mereka sangat licik. Pastikan anda mengikuti tips di atas semasa berada di RnR untuk mengelakkan kes-kes begini berlaku. Sila like dan sharekan post ini kepada rakan-rakan anda agar selamat dari kes-kes sabotaj dan penipuan sebegini.