Adakah ini gambar Proton Preve dengan kotak gear manual 6 kelajuan? Gambar diambil dari facebook Preve Owners Club jelas terdapat tombol gear manual 6 kelajuan. Menurut sumber, gambar ini dikirim oleh pelajar pusat latihan vokasional. Tiada info lanjut mengenai tujuan latihan tersebut diadakan.
Sebelum ini sudah terdapat beberapa spy shots Suprima S dengan gear manual sedang dalam ujian. Suprima S versi manual dikatakan untuk eksport ke United Kingdom. Setakat ini belum ada model Preve atau Suprima S berenjin CFE ditawarkan dengan transmisi manual. Walaubagaimanapun masih belum ada info mengenai spesifikasi dan jenama apa yang digunakan oleh Proton untuk kotak gear manual ini.