Ini adalah rupa model gantian Honda Civic yang telah dilancarkan di Amerika Syarikat. Selain konsep rekaan yang berubah, ia juga akan didatangkan dengan varian enjin 1.5liter turbocharged. Ia menggunakan lampu depan dan belakang LED. Honda berkata, Civic ini lebih besar dan ruang dalamannya paling besar dalam kelasnya. Sekali pandang dari hadapan nampak seakan-akan rekaan Accord.
Rekaan side panel juga lebih tinggi seperti sebuah coupe dengan lengkuk diatas wheel house belakang dan fender mengingatkan kita kepada model Audi. Garisan rekaan nampak lebih lembut dan clean. Antenanya dari jenis sirip jerung seperti BMW.
Panel instrumen meter juga direka semula dengan kali ini mengetengah rekaan ala-ala kereta Eropah. Tiada lagi dashboard 2 tingkat seperti model sekarang. Secara keseluruha Civic 2016 kelihatan menarik dengan rekaan yang moden.