Persatuan pengguna Kuala Lumpur dilaporkan mahu harga tayar diturunkan berikutan penurunan harga barangan komoditi. Presiden Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL), Samsudin Mohamad Fauzi berkata barang mentah untuk menghasilkan tayar semuanya telah turun harga sejak tahun lalu seperi getah, getah sintetik, besi, petrol dan sebagainya. Walaupun harga komoditi sudah turun, namun pengeluar dan peruncit masih tidak menurun harga mereka. PKP akan menghantar memorandum kepada KPDNKK untuk menurunkan harga tayar.
Sumber: bernama
Tips berkenaan tayar kereta;
1. Apa yang anda perlu tahu mengenai tayar kereta klik sini.
2. Panduan asas alignment tayar kereta klik sini