Proton Design team meraih anugerah emas pada Majlis Anugerah Harta Intelek 2015 bagi rekabentuk Proton Iriz. Tahniah diucapkan kepada pasukan Proton Design kerana berjaya memenangi anugerah emas. Segala idea dan tenaga yang dicurahkan untuk merekabentuk Iriz telah dibuktikan dengan anugerah kecemerlangan ini.
Model Iriz yang dibangunkan bersama dengan rakan kejuruteraan dari Korea Selatan, LG CNS, merupakan rekaan terbaik dari Proton setakat ini. Dengan pelbagai ciri menarik, Proton Iriz menjadikan kereta yang selamat dan berbaloi untuk dimiliki semua.