Adakah Proton akan bekerjasama dengan pengeluar kereta dari Sweden iaitu Volvo? Berdasarkan info dari Facebook, Tun M dan CEO Proton kini berada di ibu pejabat Volvo di Gotenburg. Daripada gambar, kelihatan seseorang sedang memberi taklimat mengenai sebuah SUV kepada team Proton. Adakah Proton ingin membuat kerjasama dengan Volvo untuk model SUV mereka? Jika benar ini sangat menarik. Volvo sejak kebelakangan ini beralih kepada model kompak, berlainan dari model mereka sebelum ini yang mempunyai saiz heavyweight. Kita nantikan lagi update dari mereka.