Inilah gambar sebenar model baru Proton Perdana yang didedahkan dalam video pendek filem Kapsul. Akhirnya rekaan Perdana fasa 2 untuk jualan kepada umum telah terungkai. Masih menggunakan platform Honda Accord generasi ke-8, Perdana baru ini direka semula pada bahagian side panel, belakang dan depan. Pandangan 3 suku belakang nampak mengancam! Seperti Jaguar XF pun ada. Rekaan lampu dan penutup boot belakangnya boleh dikatakan terbaik setakat ini dari Proton.
Panel pintu, side mirror walabaubagaimanapun masih menggunakan rekaan yang original dari Honda Accord. Bahagian dalamannya juga masih carry forward model Accord berdasarkan gambar sebelum ini.
Lampu belakang adalah dari jenis LED dengan lampu panduan LED seperti yang ada pada model Preve. Terdapat paip ekzos berkembar pada bahagian bawah bumper belakang nampak ciri-ciri mewah dan VIP model Perdana ini. Bagaimana pendapat anda dengan rekaan Perdana ini? Menarik bukan? Bincangkan.