Model gantian Perdana dijumpai lagi oleh seorang pengguna Facebook. Tidak dipastikan di mana lokasi gambar itu diambil, model gantian Perdana itu nampaknya sedang rancak diuji oleh pihak Proton. Seperti info sebelum ini, model ini masih menggunakan platform model Accord yang kini direbadge sebagai model Perdana namun kali ni dengan rekaan oleh Proton sendiri. Kita harapkan rekaannya lebih menarik berbanding model sekarang.